18 October 2013

02 October 2013

Khalis Santan Di Karnival Dan Ekspo Usahawan & ICT Pahang 2013

Rasai sendiri kelazatan Khalis Santan Sawit, kunjungi gerai kami untuk keterangan lanjut.


05 April 2013

Ayam Masak Lemak Chili Api Khalis Santan Sawit


Gulai nie di masak oleh Chef Zaipol Wahap, memang sedap..... lemak berkrim...

31 March 2013

Kuih-Muih Dari Khalis Santan Sawit




Antara kuih-muih yang dihasilkan dengan menggunakan Khalis Santan Sawit Segar.

26 March 2013

Ketam Masak Lemak Pedas Khalis Santan Sawit



Resepinya:-
4 ekor ketam
3 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
3 biji cili merah*
2 biji cili padi (kalau nak pedas tambah lagi)*
1 inci kunyit hidup*
1 batang serai*
sehiris lengkuas*
2 kpg asam keping
sehelai daun kunyit – dihiris nipis
125 ml Khalis santan Sawit segar
1 cawan air
secubit garam dan perisa

cara-cara:
kisarkan bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan minyak dan tumis dalam periuk sehingga naik bau. Masukan air dan santan sawit segar. Jangan lupa kacau perlahan-lahan. Bila dah mendidih masukkan ketam. Jika kuah agak pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit. 5 minit kemudian masukkan asam keping. Tunggu hingga naik bau & mendidih..perasakan dgn garam/ perisa. Akhir sekali taburkan dengan hirisan daun kunyit. kacau seketika hingga masak..


13 March 2013

Kuih Kochi Khalis Santan Sawit

Kuih kochi (also known as passover cake in English) is a Malaysian dumpling made from ground unpolished glutinous rice. For theEurasians in Malaysia and Singapore, this snack is often sold at funerals. The black colour of the unpolished rice symbolises death, while the sweet filling represents resurrection. [Wikipedia]


11 March 2013

PALM BASED MILK (SANTAN)


PALM BASED MILK (SANTAN)
  • Very low fats and cholesterol free
  • Taste good; almost similar to coconut milk
  • Rich in nutritive value;enriched with natural Vitamin A & E
  • Cost saving; only 50% of normal usage
  • More resistant to deterioration
  • Easy to store and very stable (just keep refrigerated, NO NEED TO KEEP IT FROZEN)
  • 3 month shelf life; storage below 5C

Nutritional Information
  • Amount Per Serving (100%)
  • Energy = 286 kcal (1197 kJ)
  • Protein = 1.3 g
  • Total Fat = 28.0 g
  • Carbohydrate = 7.2 g
  • Moisture = 63.2 g
  • Cholesterol = 0g
  • Ash = 0.3 g
  • Vitamin A = < 100 µg
  • Vitamin C = < 2 mg
  • Vitamin E = 3.1 mg
Santan(coconut milk) is rich in fat and its consumption has been associated with increased plasma low-density lipoprotein cholesterol levels (LDL) and greater risk of arterial thrombosis due to its high contents of short chain saturated fatty acids such as lauric (C12:0) and myristic (C14:0). Therefore, the consumption of santan is discouraged. Palm-based santan has therefore been formulated to obviate the health risk.It has considerably lower C12-C16

Saturated fatty acids, and its consumption, instead of normal santan, has been found to lower serum total cholesterol and cardiovascular risk (Ng and Tee, 1998). The additional benefits are that it is more resistant to deterioration (e.g.from oxygen, light moisture), has better flavour and nutritive value, and is more stable to handling during storage and transport (Zaida et al, 1997).

The product is also trans -free. Coconut santan cannot keep more than 5 hr at room temperature (28°C-33°C) without noticeable deterioration – becoming rancid,discoloured and suffering phase separation.

PRODUCT CHARACTERISTICS

Proximate analyses of the palm-based and coconut santans were done using standard analyses Table1). Coconut santan has higher fat and protein than the palm-based santan. Nevertheless, the palm santan is rich as a source of energy as coconut santan, equally able to supply the bodily energy requirements. The physicochemical properties of the two santans are shown in Table 2. Table 3 shows that coconut santan has higher lauric (C12:0) and myristic (C14:0) acids.

STORAGE STABILITY

Both santans were investigated for their stability during storage at different temperatures. At 5oC and 28oC, the palm santan was stable for 28 days without preservative. Coconut santan, on the other hand, turned rancid and deteriorated, being more susceptible to oxidation, and enzymatic and microbial attacks due to its preponderance of short chain fatty acids. It could not be kept for more than 5hr without spoilage even in a refrigerator at 2°C-5°C.



07 March 2013

Fakta Tentang Vitamin E Yang Anda Perlu Tahu!!


  • Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. ~ Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada.
  • Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan,
  • Mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan,
  • Mengurangkan tekanan darah,
  • Membantu dalam pencegahan penyakit katarak,
  • Meningkatkan prestasi atlit,
  • Mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
  • Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
  • Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.
  • Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan
  • Membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.

Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.


05 March 2013

Kelapa Sawit Bantu Masalah OTAK



LOKASI SANTAN SAWIT SEGAR

Santan Sawit Segar KHALIS kini boleh didapati di TERUS MAJU BATU 6, TERUS MAJU BUKIT SETONGKOL dan TERUS MAJU BUKIT GOH. Untuk kawasan sekitar Kempadang, Sg. Soi, Tmn Berjaya Permai, Bandar Baru Kuantan Putri, Tmn Kempadang Perdana, Kawasan Pantai Sepat dan sekitarnya Santan Sawat Segar ini boleh diperolehi di PASAR BASAH JIMAT TAMAN BERJAYA PERMAI. 

~SERTAI KAMI DI FACE BOOK SANTAN SAWIT SEGAR~

20 February 2013

Santan Sawit Kurang Kolestrol



Penggunaan santan dalam masakan harian bagi masyarakat negara ini bukan lagi asing, malah harga bagi bahan masakan ini melambung pada musim perayaan.

Hampir kesemua masakan tradisional Melayu memerlukan santan sebagai bahan utama dan jika ditukar dengan bahan lain pastinya rasa serta kualiti masakan tersebut akan kurang.

Namun, akibat kekurangan stok kelapa, harga santan kini kadangkala di luar jangkaan dan ia bertambah kritikal apabila industri perladangan kelapa semakin menyepi.

Bagi menyelesaikan permasalahan tersebut, sebuah syarikat bumiputera yang dikenali sebagai Khalissantan memperkenalkan santan kelapa sawit.

Menurut Pengarah Urusannya, Jasri Mohd. Rashid, santan kelapa sawit tiada beza dengan santan kelapa biasa.
"Dari segi tekstur, rasa dan bau santan sawit dan santan kelapa tiada beza.

"Malah, santan sawit memiliki kelebihan yang tiada pada santan kelapa," ujarnya ketika ditemui di kilang pemprosesan santan sawit di Serdang, Selangor baru-baru ini.

Jelas Jasri, santan sawit yang dihasilkannya memiliki kandungan asid lemak yang lebih rendah, kurang kolestrol, kaya dengan vitamin A dan E selain dapat bertahan lebih lama daripada santan biasa.

"Malah penggunaan santan sawit ini hanya separuh daripada santan kelapa kerana ia lebih pekat.
"Selain itu ia juga tidak berbau tengik jika disimpan lama di tempat yang dingin ia dapat bertahan lebih lama," katanya.

Santan sawit dalam bungkusan mampu bertahan sehingga tiga bulan dan jika telah dibuka ia bertahan selama sebulan di dalam tempat yang dingin.

Bercerita mengenai idea menghasilkan santan sawit, ujar Jasri, beliau menerima formula menghasilkan produk tersebut daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

MPOB telah menjalankan kajian hampir 12 tahun untuk menghasilkan santan sawit namun dalam skala makmal dan Jasri telah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada agensi tersebut untuk tujuan pengkomersialan.

Biarpun begitu, untuk menghasilkan produk santan sawit dalam skala yang besar ia tidak semudah seperti yang disangka.

Mesokap

Menurut Jasri, pada peringkat awal beliau perlu menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk melihat kesesuaian produk tersebut sebelum ia memasuki fasa pengkomersialan secara besar-besaran.
Antaranya, proses R&D, kajian soal selidik di kalangan pengguna, kajian pemasaran, kesan kesihatan serta kesesuaian penggunaan santan sawit di negara ini.

Setelah memperoleh data yang lengkap dan berpuas hati bahawa produk santan sawit tersebut boleh mendapat tempat di hati pengguna, Jasri bersama rakan kongsinya melabur untuk membina kilang.

Bagaimanakah santan sawit dihasilkan? Bagaimanakah warna sawit boleh bertukar putih?

Jelas Jasri, untuk menghasilkan santan sawit, pihaknya menggunakan hasil sawit yang diproses daripada bahagian mesokap (mesocarp) buah tersebut. Kemudian ia akan diproses bersama beberapa bahan tertentu untuk menukarkan warnanya kepada warna putih santan. Setelah diproses, santan sawit akan terus dibungkus sebelum diedarkan kepada pengedar.

Kejayaan Jasri mengkomersialkan santan sawit itu juga berdasarkan pengalaman beliau selama 10 tahun di syarikat produk tenusu sebagai pengurus kewangan. Melalui pengalaman bekerja di syarikat tersebut menjadikan Jasri mahir dalam selok belok pemprosesan sehinggalah kepada pemasaran sesuatu produk.
Antara perbezaan santan sawit dan santan kelapa adalah ia lebih menjimatkan kos berikutan ia digunakan hanya sedikit sahaja.Jika untuk masakan seperti kari, anda hanya memerlukan satu pertiga, manakala untuk kegunaan cendol hanya satu perempat sahaja.

Selain memberikan rasa atau tekstur yang lebih lembut, ia juga tidak berbau tengik, tidak mudah rosak selagi disimpan di tempat sejuk dan paling penting, ia tidak perlu dibeli setiap hari. Malah, makanan yang dimasak menggunakan santan sawit juga tidak mudah rosak, hanya perlu disimpan di dalam peti sejuk dan dipanaskan pada keesokan harinya.

Bagi santan kelapa, ia mudah rosak biarpun sebelum digunakan dan istilah paling biasa digunakan adalah 'naik kepala' yang mana keadaan lemak santan yang terapung di atas air biarpun selepas beberapa jam ia diproses.
Selain itu, masakan yang menggunakan santan kelapa juga lebih mudah basi walaupun baru ditinggalkan hanya satu hari sahaja malah perlu dibeli pada setiap hari.
Terdapat perbezaan memasak menggunakan kedua-dua jenis santan ini. Santan kelapa tidak boleh menggunakan api yang kuat kerana masakan lebih cepat 'pecah minyak' dan menjadikan masakan kurang enak.

Bagi santan sawit, ia tidak akan mengalami 'pecah minyak' seperti santan kelapa malah api boleh digunakan sebesar mana pun dan boleh didih selama tiga hingga lima minit.
Santan sawit juga boleh menggantikan susu bagi memasak masakan seperti nasi minyak dan beriani.
Selain mampu menjimatkan kos pembelian santan kerana ia lebih murah berbanding santan kelapa, ia juga merupakan produk yang menyihatkan.

Jika dahulu ramai yang khuatir untuk makan makanan berasaskan santan kerana faktor penyakit, namun kini ia tiada lagi berikutan santan sawit memiliki kolestrol yang lebih rendah. Menurut Jasri lagi, kini beliau sedang berusaha memperkenalkan kegunaan santan sawit ini sebagai pengganti kepada santan kelapa untuk memastikan makanan yang dimakan lebih menyihatkan.

"Kami juga dalam proses untuk membesarkan lagi kilang pemprosesan santan sawit ini di samping mahu mencari agen yang berminat untuk memasarkan produk ini," ujarnya.

Kini produk santan sawit Khalissantan ini boleh ditemui di pasar raya terkemuka dan akan memasuki beberapa lagi pasar raya besar di negara ini. Ketika ditanya adakah beliau berminat untuk mengeksport santan sawit tersebut, katanya kini sudah terdapat beberapa negara yang telah menunjukkan minat untuk membeli produk tersebut.

"Tetapi kita sekarang memberi penumpuan sepenuhnya untuk pasaran domestik terlebih dahulu kerana pasaran domestik bagi santan juga amat besar ," ujarnya.

© Utusan Melayu (M) Bhd