07 March 2013

Fakta Tentang Vitamin E Yang Anda Perlu Tahu!!


  • Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. ~ Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada.
  • Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan,
  • Mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan,
  • Mengurangkan tekanan darah,
  • Membantu dalam pencegahan penyakit katarak,
  • Meningkatkan prestasi atlit,
  • Mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
  • Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
  • Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.
  • Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan
  • Membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.

Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.


No comments:

Post a Comment